Wednesday, April 25, 2012

Masalah penanaman nangka–ulat makan kulit

 

Ada sekali saya lihat ada beberapa pokok nangka saya nampak layu dan daunnya kering seperti dibawah. Selidik punya selidik rupanya kulit ranting tersebut macam kena kerat…

IMG_4877

Kalau yang kena makan tu ranting takpa jugak, hanya ranting sahaja yang kering, kalau dimakan batang, alamat kena tanam balik lah dengan anak nangka yang baru..

IMG_4878

IMG_4879

Semasa anak2 nangka ni kena serang dulu, saya tak buat semburan racun serangga..sekarang selepas buat semburan racun serangga sebulan sekali, serangan ulat pemakan kulit ni dah takde dah..

Monday, April 23, 2012

Nangka Madu Jenis Apa ni? Lokasi–R&R Temerloh Lebuh Raya Pantai Timur Arah Timur

 

IMG_7862

Gambar ni diambil semasa singgah di R&R Lebuh Raya Pantai Timur arah timur. Memang lebat buahnya. Lebih 20 biji semuanya.. Kalau lihat pada daun dan kulit buah macam nangka J33..Tapi sayang buahnya tak berbela ada yang dah ditebuk ulat..

Kebun Nangka di peringkat awal–Oktober 2011

 

IMG_3160

Kenapa tanam 2 anak benih nangka secara bersaing? Clue? Satu benih dari semai biji dan satu benih cantuman tunas..Nanti bila dah besar skit, saya sandingkan dan cantumkan dua pokok nangka ni dan bila bahagian yg dicantumkan dah melekat, saya akan potong/buang bahagian atas pokok anak benih. Ideanya nak jadikan macam orang Thai tanam durian, dua atau lebih akar pokok beri makan satu pokok..Nanti update..

Sunday, April 22, 2012

Traning young jackfruit2 - low branching


Nangka yang ni saya buat sistem dahan rendah..kat level 2 kaki saya simpan 4 dahan sahaja. Nak tengok camna hasilnya nanti banding dengan sistem dahan tinggi. Takut2 nanti kalau buah banyak kat bawak..ada musuh senang nak serang...takpa lah..

Ni lah pokok nangka J33 berusia 8 bulan. Benih beli semasa Pesta Flora Putrajaya bulan Julai tahun 2011. Saiz benih masa tu pun dah dekat 4 kaki. Berbaloi juga rasanya beli benih APM (advance planting material).. Harga benih 3 btg Rm100..

Gambar kat atas tu sebelum pokok tu kena prun. Kat bawah ni gambar semasa prunning..
Simpan 4-5 ranting sahaja

Training Young Jackfruit tree 1

Pokok nangka berumur 8 bulan. Subur dan mempunyai dahan yang banyak. Kalau tak dikawal dari mula, pokok akan membesar secara menegak. Idea saya ada untuk pokok nangka ini apabila besar nanti mempunyai 3-4 dahan yang besar bermula pada paras 3 kaki dari tanah.